Biarpun tindakan pemprotes membaling najis manusia ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, memijak dan membakar Jalur Gemilang dilaporkan tidak mewakili majoriti 240 juta rakyat Indonesia, kita tidak seharusnya memandang remeh tindakan terbabit.
Perbuatan mereka menghina negara kita, itu hakikat.
Antara tuntutan kumpulan terbabit, hormati hak asasi manusia serta berikan perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia bekerja di Malaysia.
Hak asasi manusia?
Ha ha ha!
Saya pernah membikin liputan di Kampung Beting, 5 kilometer dari pusat bandar Jakarta berhubung kes penjualan bayi. Kampung terbabit boleh dianggap kawasan setinggan, dihuni majoriti rakyat Indonesia tidak mempunyai sijil kelahiran.
Wah..petang ini berkesempatan juga untuk mencoret sedikit di blog aku ni..Pengisian yang ringkas saja, sekadar satu makluman.
Oleh kerana ingin menjimatkan “space” hosting aku, aku telah daftar satu lagi blog khas dengan pakcik google iaitu Blogspot untuk publish gambar aktivti aku dan keluarga serta yang mana aku rasa berfaedah untuk tatapan umum..
Selamat menjalani ibadat puasa untuk hari ini..
Selamat menjalani ibadat puasa kepada pengunjung blog aku ni iaitu blog cikgumizan..

ramadhan bulan mulia
Mungkin Telah lama berhasrat ingin mencuba sebagai superman, tetapi kerana hujan, kain belakang tak terbuka..So, tersangkut dekat bangunan sultan iskandar di kuching..Yang menyebabkan kes dikategorikan sebagai bunuh diri..semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua supaya fikir-fikirlah apa yang kita nak buat…



beberapa jam selepas dilahirkan
Catatan ini di tulis lewat 3 hari dari hari sepatutnya.
apa pun, pada 29 julai 2010 lepas, genap lah umur anak aku yang ke tiga,
adeeb mustaqim iaitu setahun di dunia ini.

seminggu lebih kurang
walau pun x de sambutan secara besar-besaran seperti orang lain, aku bersyukur kerana adeeb di kurniakan Allah kesihatan yang baik setakat ini, aktif orangnya dan tidak banyak karenah kepada ku.
Semoga dikurniakan Allah keberkatan umur kepada semua anak aku..
sekian..
genap setahun
genap 1 tahun
Alhamdulillah, tanggal 9 jun 2006 , jam 10.04 pagi di hospital daro, sarawak. Lahirlah seorang permata hati kami yang dinanti-nanti selama 9 bulan 10 hari..Diberi nama muhammad syahmi, begitu kagum aku dengan kejadian tuhan, hampir menitis air mata apabila melihat anak mata bayi yang tak mengerti apa-apa di peluk oleh ibunya..”macam ni rupanya anak aku”, tiba-tiba terlintas di hati..
maklumlah, ketika itu baru bergelar bapa, nak pegang anak kecil pun tak reti..nasib baik mak saudara tolong letak kan atas pangkuan aku. dengan kepala yang lembik bergerak-gerak, tubuhnya yang kecik..
hampir sebulan lepas, muhammad syahmi menyambut hari lahirnya yang ke 4, dengan sambutan sederhana. Mee goreng, satay menjadi hidangan untuk kami sekeluarga. mungkin tidak besar, tapi sudah cukup untuk menyambut ulangtahunnya di iringi dengan solat hajat pada malamnya.
Alhamdulillah, berkesempatan juga menulis entry di blog aku ini yang menjadi tempat aku mencatatkan apa yang patut untuk tatapan kepada sesiapa yang selalu dan rasa ingin singgah disini.
Hari ni, adalah hari pertama dan hari rasmi kuliah pertama sesi julai 2010 untuk pelajar politeknik kuching. Nasib baik di jadual aku tak ada kuliah pada hari ini yang mana hari jumaat diperuntukkan untuk kami staf mengemaskini apa yang patut dan sekiranya ada aktiviti jabatan, hari jumaat lah akan di adakan segala aktiviti kami bagi tidak mengganggu gugat kelas pelajar-pelajar di sini.
Hari ini juga, tepat jam 1.30 tengah hari waktu malaysia dan sekiranya flight air asia tidak “delay”, mak dan adik aku akan tiba dari semenanjung ke bumi kenyalang buat kali ke empat. Tapi kedatangan mereka tidak lama di sini iaitu di kuching kerana pada petang ahad ini, kami semua akan bertolak ke Mukah untuk menghadiri majlis konvokesyen adik aku yang no dua ni.
Hari ini tanggal 16 jun 2010 adalah hari yang boleh dikatakan hari bola dan bula bola kepada peminat bola sepak amnya. Tak kira dimana, pejabat, rumah, berita semua bercerita perihal pemain idola masing-masing. Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni..Semuanya pasal bola.

Dalam kegembiraan dengan kemenangan pasukan masing-masing, ada juga yang kesedihan dek kerana gagal dalam peperiksaan yang mana bagi pelajar politeknik teutama politeknik kuching, hari ini telah di umumkan keputusan rasmi untuk peperiksaan sesi januari 2010.
Namun bukan semua nya melalui jalan sama iaitu kegagalan. Di sebalik tangisan kegagalan, ada juga yang menangis kegembiraan kerana berjaya dengan apa yang diharapakan, terjadi benda yang tak di agaknya, dan akhirnya boleh juga menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Sebagai coretan ringkas hari ni saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada yang melepasi syarat lulus minimum iaitu C untuk subjek yang saya ajar iaitu math 1.
Kepada yang tak dapat nak tangkap C, boleh saya katakan yang sapa-sapa ambil dengan saya, cuba lagi sem ni dan jangan lupa, ubah sikap kepada sikap seorang pelajar IPTA dan buang jauh-jauh mentaliti sekolah yang lepas. Ini kerana sistem penilaian yang diamalkan oleh politeknik sedikit berbeza dari sekolah dahulu walaupun nampak seperti sama.
Apapun, sama-samalah kita layan, Piala Dunia….
Hujung minggu tiba lagi..Memang kebiasaan pada hari minggu begini, rutinnya adalah kemas rumah dan buat apa yang dirasakan berfaedah sambil melayan karenah anak-anak.
Kali ini isteri mengajak menemaninya ke pasar serikin untuk beli apa yang patut untuk di bawa balik kampung seminggu lagi. Perkara pertama yang bermain di kepala ku ialah anak-anak. Anak lelaki maklum saja lah, bukan mudah nak di bawa berjalan terutama pasar. Bagi dia orang, tak kira dimana, semua tempat dianggap mereka tempat bermain. Letih kita nak mengejar mereka..
Macam biasa, awal pagi dah bersiap dengan bekalan makanan kerana pasar serikin merupakan pasar yang jauh ke pendalaman Bau, susah sikit nak mencari kedai yang Halal untuk mengalas perut di pagi hari. Di pekan tersebut ada juga peniaga yang menyediakan gerai menjual makan dan minum,tapi kerana tak biasa dengan kawasan tersebut, isterilah yang menyiapkan semua bekalan sambil ku sendiri menyiapkan anak-anak bujang tiga orang.

