Hari ini tanggal 16 jun 2010 adalah hari yang boleh dikatakan hari bola dan bula bola kepada peminat bola sepak amnya. Tak kira dimana, pejabat, rumah, berita semua bercerita perihal pemain idola masing-masing. Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni..Semuanya pasal bola.

Dalam kegembiraan dengan kemenangan pasukan masing-masing, ada juga yang kesedihan dek kerana gagal dalam peperiksaan yang mana bagi pelajar politeknik teutama politeknik kuching, hari ini telah di umumkan keputusan rasmi untuk peperiksaan sesi januari 2010.
Namun bukan semua nya melalui jalan sama iaitu kegagalan. Di sebalik tangisan kegagalan, ada juga yang menangis kegembiraan kerana berjaya dengan apa yang diharapakan, terjadi benda yang tak di agaknya, dan akhirnya boleh juga menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Sebagai coretan ringkas hari ni saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada yang melepasi syarat lulus minimum iaitu C untuk subjek yang saya ajar iaitu math 1.
Kepada yang tak dapat nak tangkap C, boleh saya katakan yang sapa-sapa ambil dengan saya, cuba lagi sem ni dan jangan lupa, ubah sikap kepada sikap seorang pelajar IPTA dan buang jauh-jauh mentaliti sekolah yang lepas. Ini kerana sistem penilaian yang diamalkan oleh politeknik sedikit berbeza dari sekolah dahulu walaupun nampak seperti sama.
Apapun, sama-samalah kita layan, Piala Dunia….
