Alhamdulillah, berkesempatan juga menulis entry di blog aku ini yang menjadi tempat aku mencatatkan apa yang patut untuk tatapan kepada sesiapa yang selalu dan rasa ingin singgah disini.
Hari ni, adalah hari pertama dan hari rasmi kuliah pertama sesi julai 2010 untuk pelajar politeknik kuching. Nasib baik di jadual aku tak ada kuliah pada hari ini yang mana hari jumaat diperuntukkan untuk kami staf mengemaskini apa yang patut dan sekiranya ada aktiviti jabatan, hari jumaat lah akan di adakan segala aktiviti kami bagi tidak mengganggu gugat kelas pelajar-pelajar di sini.
Hari ini juga, tepat jam 1.30 tengah hari waktu malaysia dan sekiranya flight air asia tidak “delay”, mak dan adik aku akan tiba dari semenanjung ke bumi kenyalang buat kali ke empat. Tapi kedatangan mereka tidak lama di sini iaitu di kuching kerana pada petang ahad ini, kami semua akan bertolak ke Mukah untuk menghadiri majlis konvokesyen adik aku yang no dua ni.






