Archive for the ‘ Akademik ’ Category

Akhlak pelajar kolej komuniti membimbangkan

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjurtkan elajaran ke institusi brkenaan.

Lo’ Lo’ sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samaada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.

“Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

Read the rest of this entry »

LULUSAN POLITEKNIK KE UNIVERSITI

JOHOR BAHRU 24 Okt. – Lulusan politeknik berpeluang melanjutkan pengajian di empat buah universiti di bawah Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program MTUN dianggotai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Menurut beliau, empat universiti tersebut menawarkan slot pengajian sebanyak 20 peratus untuk lulusan politeknik.

“Di bawah program tersebut, proses pemindahan kredit lulusan politeknik akan dipermudahkan sekali gus membantu pelajar-pelajar berkenaan memilih kursus yang mereka inginkan,” katanya.

Read the rest of this entry »

TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku bermula 2010

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Read the rest of this entry »