Hari ini hari kedua aku dan keluarga melalui bulan ramadhan iaitu bulan puasa yang diwajibkan ke atas umat islam yang cukup syaratnya..
Banyak hikmah dan kemanisan bulan ini sebagai bulan untuk membuat amal ibadat.
Namun ramadhan kali ini, ramadhan yang penuh dengan dugaan dan ujian agak berat buat aku..
Mana tidaknya, aku sendiri sudah seminggu lebih demam tapi duk bertahan je sekarang, ditambah pulak dengan batuk yang teruk..
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya setiap kali batuk..
Aku rasa ini kali pertama aku batuk seperti ini, nak kata batuk kering tak juga..
Untuk mengelakkan batuk, aku terpaksa baring memanjang kat umah.
Kelas aku sendiri pun x sampai satu topik nak di ajar, terus hilang suara bercampur dengan batuk teruk.
Anak sulung ku juga sudah 2 minggu demam. Tapi hari ini ada nampak perubahan sikit iaitu boleh bangun pergi tempat basikalnya, sempat juga layan pc dalam bilik..
Aku dan anak ku demam, aku di jaga oleh insan juga yang tidak berapa kuat iaitu isteri yang dalam pantang..
Sepatutnya aku yang menjaga mereka tapi isteriku pulak tepaksa uruskan makanan ku, ubatkan ku, uruskan ketiga-tiga anak-anak ku.
Aku hanya menunggu bila allah akan “buang” batuk ku dan demam anak ku yang sudah 2 minggu tanpa kesudahan ini..
Nak kata H1N1, Doktor kata bukan..
AKu hanya berserah pada allah..