Archive for September, 2009

Kad Raya 2009

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

Read the rest of this entry »

Rindu Menjelang Idilfitri

 ”Pak su tak dapat pulang!”

“Habis, apa katanya lagi?”

“Pak su cuma kirim salam”

“Gila dia…!”

Bidin merenung ke muka Pak Seman. Wajah itu redup sebentar. Kemudian berkerut dahinya melakarkan

urat-urat hitam yang tua. Tiba-tiba pula airmatanya menitis. Bidin perlahan-lahan meninggalkan pelantar,

membiarkan Pak Seman keseorangan menanggung sebak. Pak Seman memandang ke arah Bidin yang semakin

jauh dari rumah. Diseka airmata di pipi dengan hujung jarinya.

  Read the rest of this entry »

Kisah seorang cucu

“Minta ic encik..” Pinta seorang pegawai imegresen dekat Lapangan terbang kuching setibanya saya dari kuala lumpur.
Untuk makluman, untuk memasuki sarawak, walaupun rakyat malaysia selain sarawakian, terpaksa mengambil pas atau kebenaran sebelum memasuki sarawak.
Lepas sahaja kaunter imegresen, terus saya kebawah untuk mengambil beg pakaian dekat ruangan menunggu bagasi yang baru tiba dari kuala lumpur.
“ibu, abahhh….” terdengar jeritan dari hero-hero ku yang menunggu di pintu ketibaan bersama ibunya..

Read the rest of this entry »

Renungan Bersama

Hari ni, aku menerima email dari seorang kawan.

Kandungan email begitu menyentuh hati apabila di baca.

Sekadar ingin berkongsi bersama, harap mendapat manafaat belaka..

PETIKAN DARI EMAIL TERSEBUT:

Bacalah….sbg peringatan kita bersama…

Sebagai seorang anak yang berbakti kepadaorang tuanya, Hasan (bukan
nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan
ajakan anaknya itu.. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka
memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah
disiapkan.

ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan
Semesta Alam. “Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya
Allah”.

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, “Ummi undzur ila Ka’bah (Bu,
lihatlah Ka’bah).” Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna
hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya.

Read the rest of this entry »