Selamat Datang

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Datang..

Saya Amizan bin abdullah..merupakan salah sorang tenaga Pengajar untuk subjek matematik kejuruteraan 1 dan matematik kejuruteraan 2 di politeknik kuching sarawak. saya bertugas di jabatan Matematik, Sains Dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak. Sebelum ke sarawak, saya pernah bertugas di Jabatan Kejuruteraan awam, Politeknik Dungun Terengganu dan mengajar subjek mekanik struktur dan makmal bata.

Blog ini memaparkan isi kandungan yang berkaitan dengan pembelajaran kursus MATEMATIK KEJURUTERAAN 1,MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 yang di ambil oleh hampir semua pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak. Juga untuk kemudahan dalam penyampaian maklumat untuk kursus DRK3112-KOMPUTER.

Nota -nota, contoh soalan peperiksaan lepas juga disediakan supaya pelajar mudah dan senang untuk memahami dan mempelajari subjek ini walau dimana sahaja berada.

Blog ini merupakan platform untuk saya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Matematik Kejuruteraan dan juga kursus untuk Kelab Komputer. Proses P&P bagi pelajar dibawah saya tidak akan terganggu dengan kekangan masa atau jarak di mana pelajar berada.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran kearah “flipped classroom” boleh diapliksikan bersama dengan kaedah traditional.