Tiga minggu lagi, akan bermula minggu peperiksaan akhir untuk pelajar politeknik seluruh malaysia. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar yang mengambil subjek matematik kejuruteraan dengan saya. Bergunung harapan dari si ibu dan bapa mereka menanti debar saat-saat final exam.
Tugas saya untuk saat-saat terakhir ini seperti memastikan semua tugasan,kuiz dan paper ujian mereka telah saya semak semuanya. Ini kerana segala markah adalah hak mereka dan saya secara profesional menyemak dan menanda paper mereka supaya tidak silap, mengikut skema pemarkahan dan standard iso yang di guna pakai oleh Politeknik sekarang.

Antara lain juga menyemak bilangan pelajar dengan unit peperiksaan iaitu dengan menyemak melalui sistem yang di gunakan oleh mereka, adakah pelajar bilangan saya ‘match’ dengan sistem mereka. Pernah berlaku terlebih bilangan mengikut sistem. Rupanya pelajar lebih ini ‘tersilap’ seksyen. Ini kerana budak yang ulang subjek kebiasaan nya suka sangat dengan melompat kelas tanpa memaklumkan kepada penasihat akademik mereka. Akhirnya menyusahkan diri sendiri dan pensyarah kursus.
Saya juga dengan budi bicara memberi mereka ‘extra’ quiz atau assignment iaitu satu atau dua bagi membantu mereka dari segi penambahan markah yang ‘paling teruk’ seperti markah 0 atau sekadar 1 @ 2. Ada juga pelajar begini bila kita bagi mereka dengan segala “tambahan”, lambat pulak nak hantar. Macam mana nak buat?
Semakan Paper Final exam adalah antara tugasan terakhir saya untuk semester ini sebelum bercuti rehat hujung tahun. Untuk semester ini, saya akan meyemak 4 kelas (program), dua kelas untuk pelajar diploma kejuruteraan dan 2 kelas sijil kejuruteraan yang membawa bilangan pelajar seramai lebih kurang 120 orang pelajar. Ini bermakna saya akan meyemak 120 paper final exam untuk matematik kejuruteraan 1 dan 2.
Akhirnya, doa saya pohonkan kepada tuhan, supaya segala ilmu math yang saya curahkan kepada mereka diberkati dan boleh di terima oleh pelajar-pelajar saya. Berkat perkenan dari mu ya allah, luluskanlah semua pelajar ku yang mengambil subjek math 1 dan 2..Permudahkan urusan saya dan mereka ya allah..




Hi there,
Amazing! Not clear for me, how offen you updating your cikgumizan.com.
Have a nice day
Ilias
tq..
Very nice Blog, I will tell my friends about it.
Thanks