Selamat tahun baru 2010 dan selamat tinggal 2009. Hampir sudah 3 minggu saya tidak “updated” blog.. Hari ni ada sedikit ruang kesempatan dan mood untuk menulis datang, time macam ni lah baru rasa ada idea dan sebagainya.
Sebelum bercuti pada 18 disember lepas, saya perlu menyiapkan markah dan menyemak kertas peperiksaan akhir pelajar-pelajar pks. Rutin setiap akhir semester, memang tidak dapat lari dari mengadap skema pemarkahan. Dari segi markah dan peratus kelulusan, sem ni agak memuaskan berbanding sem lepas. Tapi ada jugak pelajar tanya pasal mereka. Kenapa gagal?kenapa tu, kenapa ni..Bagi saya, kalau diaorang study, mungkin boleh lulus..nak kata tak paham, tak ada pulak yang bertanyakan masalah mereka dengan saya. Soalan yang paling best dari seorang pelajar saya ialah, ” Kenapa saya gagal encik”?.. soalan yang menimbulkan persoalan balik kepada saya..Betul ke budak ni??..
Dalam tempoh itu juga saya sempat bercuti selama 2 minggu di kampung halaman saya iaitu di kampung pantai suri dalam jajahan tumpat. Nak dekat ke sana, ikut jalan nak ke PCB.
Syahmi, bukan main seronok apabila dapat naik bot dan main air sungai. Kampung pantai suri hanya boleh kesana dengan menaiki bot atau bahasa mudah sana ialah perahu tambang dengan tambang rm 1 se orang untuk orang dewasa.
Selama di sana, bukan main seronok anak-anak duk main pasir, sungai dan perahu. Cuma yang tak bestnya, cabel kamera pulak tertinggal kat kampung. Nak upload gambar tak dapat..Mungkin shari dua lagi..
Apapun, kini dah hari ketiga saya turun kerja. Rasa liat sikit sebab duk rasa macam duk kampung lagi..seminggu dua lagi saya akan memulakan rutin biasa iaitu mengajar…

Leave a comment