Akhir Disember 2009, jawatan kuasa peperiksaan politeknik kuching telah mengumumkan dan memaparkan dan juga mungkin telah menghantar slip keputusan peperiksaan kepada semua pelajar pks. Peperiksaan akhir lepas berjalan sepanjang 2 minggu pada awal disember.
Bila sebut exam, tak terlepas dari batang hidung sendiri yang mana apabila keptusan di umumkan, tak henti handphone ku berbunyi. Pelbagai permasalahan dan pertanyaan dari mereka ini. Kes lain pulak, sampai datang ke pejabat saya semata-mata ingin menyelesaikan kekusutan mereka pasal markah.
Pelik sungguh, sepatutnya mereka ini datang untuk bertanyakan permasalahan tentang matematik tapi betanyakan pasal marakah. “encik, Kenapa saya dapat sekian-sekian??boleh saya tanya berapa markah akhir dan markah PB saya??”.. Soalan sama yang akan ditanya oleh pelajar selepas keputusan keluar.
Sebelum menghantar markah ke jabatan induk, saya selalu pesan sama ada dalam kelas, ym, facebook dan blog ini sendiri supaya mereka datang tengok markah dan boleh buat tugasan tambahan sekiranya perlu atau lebih kukuh lagi ada sebab munasabah. Tapi mana ada diaorang datang.
Selepas semua dah jadi sulit dan “MUKTAMAD”, baru nak jumpa dan minta “PERTOLONGAN”. Bagi saya, pertolongan pada tempatnya kena tolong, tapi dari segi pemarkahan, “SORRY”..markah tetap markah dan salah tetap salah..
matematik mudah, setiap soalan dia ada “solution” atau jalan kira ore kampung saya kata. jawapan akhir salah, jalan awal tu betul, boleh di pertimbangkan untuk di beri markah.
Lagi satu masalah, ramai pelajar call saya nak tengok markah final dia..Untuk pengetahuan pelajar, markah tuan puan adalah “SULIT” dan sekiranya saya maklumkan, habis la..saya telah melanggar etika perkihdmatan.
Sekiranya pelajar ingin menyemak markah atau tidak puas hati kepada markah yang di terima untuk subjek math, tuan puan boleh lah buat semakan semula. Caranya seperti dalam buku panduan arahan-arahan peperiksaan dan kaedah penilaian, bahagian 4 no 25 iaitu PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN seperti :
25.1 pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada jawatankuasa peperiksaan politeknik dalam tempoh empat belas hari(14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.
25.2 Pelajar akan di kenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama pengarah politeknik yang berkenaan
25.3 keputusan semakan semula pelajar akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas(14) hari dari tarikh permohonan diterima.
semoga perkongsian diatas dapat menyelesaikan kekusutan dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap keputusan mereka terutama subjek saya.

takutnya..exam 26 April niii