Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi saya coretkan dan “update” blog saya ini.
Hari ni adalah kelas pertama saya untuk sesi januari 2010 bagi kursus matematik kejuruteraan 1 di politeknik kuching. Seperti yang di jangka, kejutan budaya dan perangai sekolah masih lagi di bawa oleh mereka ini. Ada yang pakai pakaian macam kartun, ada seperti pegawai tinggi dan perempuan pulak macam biasa, ada yang terlebih kain dan ada yang x cukup kain. Mungkin mereka ini baru menyesuaikan diri mereka ke sistem baru iaitu sebagai mahasiswa dan siswi politeknik.
Penerangan dan perkenalan ringkas saya dengan pelajar saya banyak membawa persoalan kepada saya hari ni. Beban tanggungjawab terasa begitu berat kali ini kerana perkenalan itu. Bukan dek kerana perangai tapi keputusan mereka begitu membimbangkan saya. Mampukah diri ini mendidik dan membimbing mereka seperti yang mereka harapkan sepanjang satu semester mengambil math satu dengan saya? Manakan tidak, semua result math spm mereka boleh dikatakan nyawa-nyawa ikan untuk mengikuti pengajian kejuruteraan di politeknik.
Bidang kejuruteraan memerlukan seseorang pelajar bijak bermain dengan angka dan imaginasi tapi bukan sistem menghafal dan membaca seperti subjek sejarah. Semoga Allah kuatkan semangat saya untuk mrmnbimbing mereka untuk memahami teknik, kaedah dan asas mudah untuk memahami dan menguasai kursus ini iaitu engineering math 1.
Dari segi atitud, macam semester selalunya, ada yang datang lambat, ada yang macam tak puas hati dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar dan status sebagai pelajar, kita mesti menghormati bukan setakat guru tapi majlis ilmu tersebut iaitu kelas atau kuliah yang sedang berjalan. Pastikan adab-adab menuntu ilmu ada dan tahu serba sedikit berkenaannya.
Tengah syok kita bagi penerangan tentang kursus ini, ada lah beberapa pelajar yang datang lambat terus masuk bilik kuliah tanpa meminta kebenaran untuk masuk. Dah la gaya “bodoh sombong”, kita tanya buat tak tahu je. Macam biasa, sebagai pengajaran dan pengalaman manis mereka mengikuti kursus math dengan saya, “push-up” sebanyak 20 kali di beri. Sekiranya tak nak, sila keluar dari kelas saya.
Bukan meluah perasaan tapi sebagai teguran kepada pelajar-pelajar lain supaya hormati lah majlis ilmu itu dan bila ditanya, jawablah elok-elok. Sebagai orang baru da berada pula di tempat baru, jangan pula buat memandai seperti berada di kampung halamana sendiri.
Semoga Allah permudahkan urusan saya dan pelajar semua dalam mencari dan memberi ilmu tuhan dan berkatilah segala ilmu kami ya allah..

Leave a comment