
Hani Tarmizi
Telah banyak di ulas, di kupas dan di sembangkan sekarang ini tentang kebaikan dan keburukan facebook. Memang tidak di nafikan, gelombang facebook sekarang sedikit sebanyak mengundang saya menggunakannya untuk aktiviti sendiri dan pengajaran iaitu dari segi penyampaian maklumat kepada pelajar. Tidak macam dulu, tunggu masuk kelas saja baru dapat sampaikan sesuatu berita dan pesanan.
Berkenaan isu di atas, dari dulu orang tua-tua sudah berpesan “kerana mulut badan binasa”. Pepatah itu terus terkena kepada Hani Tarmizi, seoarang pengguna facebook. Saya tidak mengenalinya dan tidak mahu mengenali dirinya.
Untuk apa tulisan ini?

Kata-kata akhir Hani begitu umum dan terkena juga kepada saya. Walaupun saya bukan pribumi sarawak yang tinggal dalam hutan seperti kenyataan Hani, tapi saya telah berada di Bumi Kenyalang iaitu sarawak selama hampir 7 tahun sebagai pendidik kepada adik-adik,anak-anak kepada rakyat sarawak.
Tidak di nafikan, bumi sarawak banyak di penuhi oleh bukit bukau, gunung ganang dan kampung halaman. Tempat Hani tak de ke benda ni semua? Tapi pada hakikatnya, hati budi penduduk orang kat sini tak seperti yang Hani cakap, mereka berbudi, lemah lembut dan tahu adab mereka apabila mereka bersama saya sepanjang hampir 7 tahun ini. Cuma di sarawak ada pelbagai bangsa, kaum dan agama tapi saya selesa bersama mereka.
Tak pernah saya jumpa dalam satu kampung katakan ada seratus orang, 50 orang itu menyara hidup anak-anak mereka, menyara ayah ibu mereka, menyara hidup mereka dengan melacurkan diri mereka. Pernahkah Hani Pijak kaki ke bumi sarawak? Mungkin fikiran dan tanggapan Hani sama seperti saya sebelum datang ke sarawak 7 tahun lepas. Tetapi selepas dapat bertugas di sini, segala tanggapan orang semenanjung terhadap orang sini semuanya negatif dan tak ada asas langsung bagi saya. Contohnya macam Hani cakap, tentang orang sini ramai pelacur. tak pernah saya jumpa seorang pun yang spesis itu kat sini. Mungkin kerana atas keramahan dan kelembutan layanan dan cara gadis-gadis kat sini menyebabkan “abang” Hani terpikat kot..Atau Hani sendiri yang “KASAR” dan tak pandai ambik hati suami.
Malas nak ulas panjang, datang sendiri dan rasai sendiri suasana dan keharmonian kehidupan di sini..Jangan kerana mulut Hani, habis satu sarawak membenci kami sebagai perantau yang ingin menaburkan bakti dan sedikit ilmu yang kami ada untuk siswa dan siswi mereka disini..

the fact is my dear sir, she is in sarawak when she make the stupid comment…she married a sarawakian. i admit that she is angry, but why want to post it in FB? should’nt it be better talk on the phone among close friends or sms it with her best friends? tak elok cerita benda2 mcm ni on the facebook biar semua orang baca…please let it be a lesson to all malaysians.
Pada asalnya, ompuan tok mok nganok orang yang ngaco Laki nya. Adakah benar ompuan ya ngaco laki nya atau laki nya yang ngaco ompuan ya? Ya jak gik persoalan yang timbul. Dan ngak dak tiga ya jak yang tauk.
Mun benarlah ompuan ngaco laki nya, nang wajarlah si Hani ngaro dan nganok ompuan yang ngaco laki nya. Mun aku dalam situasi Hani pun aku akan ngaro juak. Tapi, yang menjadi masalah nya, Hani ngaro sik berfikir. Bak kata pepatah, “Akibat nila setitit, biru sebelangak”. Mun Hani maok nganok pun, anok lah ompuan yang ngaco laki nya. Janganlah melibat dan menyamai semua perempuan di Sarawak tok jaik. Tok lah faktor orang Sarawak marah ngan ngaro si Hani.
Ditambah agik nya nganok SARAWAK tok hutan. Adakah negaranya or negeri nya sik berhutan berpokok? Aku sik kisah mun nya nganok Sarawak tok hutan. Bagi aku, ya lah bagus. Sebuah negeri yang masih mengekalkan konsep Hutan Hujan Hijau. Hutan berpokok adalah lebih bagus berbanding Hutan berkonkrit.
Orang Sarawak kinek tok bertamadun. Mun sik bertamadun kedak dolok, nang udah banyak palak bergantung kat ruai rumah dan udah banyak ibu jari yang putus. Kinek tok, semua orang bebas masuk ke Sarawak. Ditambah agik berlangsung nya konsep Satu Malaysia. Orang Sarawak bagus-bagus. Ngak jangan “Diteguk Kasar” jak udah. Mun eksen or lawa, abislah.
Kesan daripada perbuatan Hani tok, nya alu jadi “Glamour”. Glamour dengan persepsi buruk dari semua masyarakat. Bukan di Sarawak ajak, bahkan seluruh negeri yang ada di Malaysia. Ingat “Terlajak perauk boleh di gostan, terlajak mulut, badan binasa”.
Salam…
Saya pelajar Master dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak & juga berasal dari Sarawak sendiri.Saya mengaku saya sangat marah & berkecil hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Hani Tarmizi tu..Bukan saya seorang, malah seluruh penduduk negeri Sarawak khususnya & Malaysia amnya..
Bagi saya kata-kata Hani Tarmizi sangat kasar & menghina sekali.Hani Tarmizi bersikap kenegerian & tidak menunjukkan dia menyokong gagasan kerajaan 1MALAYSIA.Saya kecewa kerana wujudnya sikap begini dalam diri sesetengah rakyat Malaysia di tengah-tengah kerajaan melaung-laungkan gagasan 1MALAYSIA kepada penduduknya…
Hani Tarmizi harus sedar, jangan lah cakap ikut lepas mulut je.’Perempuan-perempuan Sarawak kbyakannya S… & B…’
Ingatlah yang ramai perempuan Sarawak sini beragama Islam..saudara sesama Islam juga..Takkanlah semuanya mcm Hani kata..Kebanyakan we all educated, profesional, berkerjaya.Panas jugak la hari dgr kata2 menghina tahap dewa tu.Tak terkecuali jg yg bukan beragama Islam, they all gak berjaya, bukan semua macam si Hani tu kata.
Nak kata kami kampungan@tggl dlm hutan. Cubalah si Hani tu datang Sarawak sini..Tgk dulu sama ada kami tinggal dlm hutan@ dalam banglo@rmh Flat..Lepas tu, baru boleh cakap ek..?We welcome Hani here to see our jungle home…ha2..Now see, who is the people of katak bawah tempurung???
Baiklah…kamek sik mauk cakap banyak lagi.Thanks atas blog yg menarik ini.Kebanyakan Pensyarah & sahabat2 saya berasal dari Semenanjung & belajar & mgajar di Sarawak sini..I LOVE THEM because diaorg baik dan tak sombong macam ahakss..!!!I respect my Lecturer & friend..
Kami dari Sarawak mengalu-alukan kedatangan tetamu dari Semenanjung dan menghargai kesudiaan anda belajar & bekerja di sini..Kerana kita adalah satu …. 1MALAYSIA…
-SALAM-