Blog merupakan buku yang boleh menggantikan diari kepada yang celik IT tapi tidak kepada yang takut dan tidak berani mencuba terutama dalam bidang it.

Dunia IT begitu cepat berkembang dan saya sendiri merasa betapa tertinggalnya saya dalam bidang ini.

Apa tidaknya, orang lain sudah mengetahui bermacam-macam, saya tidak lagi mahir dalam sistem blog ini terutama untuk backup.

Pada januari 2009, saya telah ada satu blog yang boleh dikatakan stabil dan sebagai tempat saya menulis jika ada kelapangan masa dan jika perasaan bosan tidak menyerang diri.

Tapi beberapa hari lepas, blog saya telah menghadapi masalah dan masalah itu timbul dari saya sendiri iaitu ingin terokai lagi dalam sistem FTP.

Akibat silap setting, blog saya dan web jualan isteri saya hilang dari dunia siber..

Maka terpaksalah membuat satu blog baru dan sekarang akan membangunkan web jualan baru untuk isteri menggunakan open source yang banyak di internet sekarang..

Moga segala ilmu yang baru dipelajari dan diperolehi dapat kita kongsi bersama.

 

amizan,

kuching sarawak