facebook

Student: encik, ada facebook tak, kalau ada add kami

saya: ada. Tapi kat hostel boleh guna ke? kan Uict poli blok untuk akaun facebook

student: boleh encik, kami guna broadband sendiri..

saya : kalau macam tu, apa-apa makluman tentang pengajaran saya, saya akan maklum dalam sana..

student: boleh encik..

Diatas merupakan antara dialog saya dengan beberapa pelajar saya tentang facebook. Bagi mereka, facebook merupakan salah satu medan atau saluran untuk mereka mencari dan mengenali kawan-kawan mereka dan meramaikan lagi kawan sama ada kawan sedia ada atau secara online.

Ada negara yang mengharamkan facebook. Mungkin kerana produktiviti kerja mereka menurun yang menyebabkan bos mereka blok untuk facebook kepada kakitangan mereka.

Bagi saya, facebook merupakan salah satu cara untuk mencari kawan-kawan lama saya yang lama terputus hubungan lebih kurang 10 tahun lepas. Selepas tamat tingkatan 5 sains di sekolah menengah kedai buloh (smkbh) pada tahun 1999, dari situ bermula episod terpisah dengan kawan satu kelas khususnya dan kawan satu sekolah amnya.

Al maklum lah,  saya merupakan seorang pelajar dalam kelas tu yang lebih kurang 25 orang, merupakan budak pulau iaitu dari kampung pantai suri. Ada juga yang panggil pulau suri. Apabila kawan-kawan ada aktiviti sewaktu cuti semester universiti dulu, saya ketinggalan kerana waktu itu nak beli handphone mahal, prepaid apa lagi..Ingat lagi saya, maxis prepaid merupakan pengalaman pertama saya menggunakan handphone. Tapi harganya lebih kurang RM250 untuk satu nombor. Namun sekarang dengan RM5 sudah dapat satu no siap dengan airtime sekali.

Sehingga hari ini, sudah 1/3 dari kelas tingkatan 5 dulu, telah dapat berhubung dengan facebook. Juga tidak ketinggalan pelajar saya, ada yang saya add mereka dan sebaliknya. Seronok apabila dapat melihat rakan dan student kita berkongsi segala aktiviti mereka dengan terus kita akan dapat tanya, bagi komen dan chat dengan mereka.

Target saya, akhir semester ini saya akan berkongsi markah pb pelajar-pelajar saya di facebook. Untuk itu, pelajar perlu dulu mempunyai akaun sendiri di facebook supaya dapat bersembang dengan saya, dan meneruskan perhubungan sehingga mana facebook ini dapat bertahan.