Pertama Kali Bersua..

Alhamdulillah, Bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi saya coretkan dan “update” blog saya ini.

Hari ni adalah kelas pertama saya untuk sesi januari 2010 bagi kursus matematik kejuruteraan 1 di politeknik kuching. Seperti yang di jangka, kejutan budaya dan perangai sekolah masih lagi di bawa oleh mereka ini. Ada yang pakai pakaian macam kartun, ada seperti pegawai tinggi dan perempuan pulak macam biasa, ada yang terlebih kain dan ada yang x cukup kain. Mungkin mereka ini baru menyesuaikan diri mereka ke sistem baru iaitu sebagai mahasiswa dan siswi politeknik.

Read the rest of this entry »

Raya di daro,sarawak dan pemandangan sekitarnya

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu bercuti raya di kampung isteri, banyak pulak kerja yang menanti. Beraya di sarawak ada keunikan yang tersendiri. Antara yang saya dapat perhatikan, setiap rumah wajib dengan “air gas” contohnya cola dan seumpamanya. Berbeza dengan negeri saya iaitu kelantan, kalau bab minum, ikut kemampuan tuan rumah tersebut. Ada teh O, sirap dan sebagainya.

Sekitar Pekan Daro, sarawak

 Dibawah saya kongsikan pemandangan sekitar pekan daro, sarawak. Untuk makluman, daro terletak dalam bahagian mukah. Mengambil masa lebih kurang 3 jam dari mukah melalui jalan darat dan melintasi Oya, Dalat, Igan, Matu seterusnya Daro.. Mengambil masa hampir 2 jam sekiranya menggunakan “sungai” dari sarikei menggunakan ekspress (bot macam nak g langkawi gitu).  

ikan terubok

ikan terubok

pasar basah di pekan daro
pasar basah di pekan daro
jadual perjalan ekspress
jadual perjalan ekspress

ekspress

ekspress

 

 Untuk menjimatkan ruang hosting cikgumizan dot com, saya telah masukan gambar aktiviti saya di free blog iaitu cikgumizan.blogspot.com 

Segala gambar akitviti akan saya letak blog tersebut.

 kuliah dan ujian 1

Di sebalik kegembiraan perayaan, bagi pelajar semester dua dan keatas, mereka terpaksa pulang ke politeknik (pks) bagi meneruskan kelas dan kuliah mereka. Bagi pelajar yang mengambil kursus matematik 2, mereka pula akan berhadapan dengan ujian 1 kursus tersebut yang akan dijalankan pada 9 Oktober 2009.

Kepada pelajar umumnya yang mengambil kursus ini, di harap dapat melupakan sekejap kuih raya atau ada juga jenis yang tak leh berpisah dengan keluarga, harap dapat lupakan sekejap kesedihan berjauhan dengan mereka. Tumpukan pada ujian yang akan dijalankan kerana majoritinya ( tanpa kajian khusus) kursus ini adalah “killer subject” bagi pelajar yang mengambil matematik 2 mana-mana politeknik.

Kepada pelajar saya khususnya, belajar lah rajin-rajin, pastikan lulus walaupun tidak cemerlang. Kepada yang “ulang kursus” ini, lebihkan usaha dan rajin-rajinlah buat latihan. Sekiraya bermasalah, tanya lah pada yang tahu.