Kembali Bertugas

Selamat tahun baru 2010 dan selamat tinggal 2009. Hampir sudah 3 minggu saya tidak “updated” blog.. Hari ni ada sedikit ruang kesempatan dan mood untuk menulis datang, time macam ni lah baru rasa ada idea dan sebagainya.

Sebelum bercuti pada 18 disember lepas, saya perlu menyiapkan markah dan menyemak kertas peperiksaan akhir pelajar-pelajar pks. Rutin setiap akhir semester, memang tidak dapat lari dari mengadap skema pemarkahan. Dari segi markah dan peratus kelulusan, sem ni agak memuaskan berbanding sem lepas. Tapi ada jugak pelajar tanya pasal mereka. Kenapa gagal?kenapa tu, kenapa ni..Bagi saya, kalau diaorang study, mungkin boleh lulus..nak kata tak paham, tak ada pulak yang bertanyakan masalah mereka dengan saya. Soalan yang paling best dari seorang pelajar saya ialah, ” Kenapa saya gagal encik”?.. soalan yang menimbulkan persoalan balik kepada saya..Betul ke budak ni??..

Read the rest of this entry »

Saat-Saat Akhir

Tiga minggu lagi, akan bermula minggu peperiksaan akhir untuk pelajar politeknik seluruh malaysia. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar yang mengambil subjek matematik kejuruteraan dengan saya. Bergunung harapan dari si ibu dan bapa mereka menanti debar saat-saat final exam.

Tugas saya untuk saat-saat terakhir ini seperti memastikan semua tugasan,kuiz dan paper ujian mereka telah saya semak semuanya. Ini kerana segala markah adalah hak mereka dan saya secara profesional menyemak dan menanda paper mereka supaya tidak silap, mengikut skema pemarkahan dan standard iso yang di guna pakai oleh Politeknik sekarang.

Read the rest of this entry »