Tiga minggu lagi, akan bermula minggu peperiksaan akhir untuk pelajar politeknik seluruh malaysia. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar yang mengambil subjek matematik kejuruteraan dengan saya. Bergunung harapan dari si ibu dan bapa mereka menanti debar saat-saat final exam.

Tugas saya untuk saat-saat terakhir ini seperti memastikan semua tugasan,kuiz dan paper ujian mereka telah saya semak semuanya. Ini kerana segala markah adalah hak mereka dan saya secara profesional menyemak dan menanda paper mereka supaya tidak silap, mengikut skema pemarkahan dan standard iso yang di guna pakai oleh Politeknik sekarang.

Read the rest of this entry »