Hari ni, terasa bagai sangat singkat kepada saya untuk menghabiskan masa bersama-sama anak-anak yang seolah-olah memahami mereka bakal di tinggalkan hampir tiga minggu.
Yang sulung asyik nak berdamping, yang tengah pulak ingin di belai dan yang kecil pula asyik ingin di beri perhatian. Dapat saya rasakan betapa sunyinya mereka terutama syahmi dan hakim yang selalu menemani saya hingga larut malam sebelum ini.
Waktu ibu dan adeeb tidur, masa tu lah kami bertiga minum la, makan la dan main macam-macam lagi.
TLDM Lumut
Bermula 28/02/10 hingga 13/3/10, saya akan menghadiri kursus bakal pegawai Pasukan Simpanan TLDM di KD Sultan Idris I, Lumut. Kursus yang bakal di hadiri ini adalah salah satu syarat untuk di tauliahkan sebagai Pegawai Simpanan TLDM.
Bakal menguji mental dan fizikal saya sebagai penjawat awam, yang sebelum ini hanya paling berat pun berjalan untuk ke kelas mengajar pelajar-pelajar dewasa.
Dengan menceburi bidang ini, semua tu adalah “kulit” je bagi kami dalam PSSTLDM.
Kebetulan pulak hari jumaat cuti maulidur rasul, mungkin kami bertiga dari PSTL kuching akan terbang pada hari khamis. Semua tu akan di tentukan oleh pegawai kami dari RNO Kuching.
Persiapan pula hampir 90% siap seperti pakaian renang, kasut kawad, baju Delta dan banyak lagi aksesori untuk ke Lumut.
Apa yang duk bermain di kepala sekarang ialah, macam mana kursus pasukan ketenteraan ni? Sudah tentu tak sama dengan kursus penjawat awam yang mana kebiasaan di hotel atau resort.
Kuliah
penangguhan kuliah terpaksa di lakukan sehingga cuti semester (mid sem) untuk sesi januari 2010 ini dan kelas akan digantikan selepas balik dari kursus tersebut. Dalam tempoh kurus itu, ada pulak terlaksana ujian 1 pada 5/3/10.
Kepada pelajar yang saya ajar, semoga kalian dapat menjawab exam dengan baik dan pastikan lulus semua dalam ujian kali ni.