Kisah Yang Berlalu

 Alhamdulillah, tanggal 9 jun 2006 , jam 10.04 pagi di hospital daro, sarawak. Lahirlah seorang permata hati kami yang dinanti-nanti selama 9 bulan 10 hari..Diberi nama muhammad syahmi, begitu kagum aku dengan kejadian tuhan, hampir menitis air mata apabila melihat anak mata bayi yang tak mengerti apa-apa di peluk oleh ibunya..”macam ni rupanya anak aku”, tiba-tiba terlintas di hati..

 

maklumlah, ketika itu baru bergelar bapa, nak pegang anak kecil pun tak reti..nasib baik mak saudara tolong letak kan atas pangkuan aku. dengan kepala yang lembik bergerak-gerak, tubuhnya yang kecik..

hampir sebulan lepas, muhammad syahmi menyambut hari lahirnya yang ke 4, dengan sambutan sederhana. Mee goreng, satay menjadi hidangan untuk kami sekeluarga. mungkin tidak besar, tapi sudah cukup untuk menyambut ulangtahunnya di iringi dengan solat hajat pada malamnya.

Read the rest of this entry »

Merindui abah disisi

“baris..baris….sedia!!!” sayup kedengaran bunyi arahan kawad dari jurulatih kawad di pangkalan TLDM lumut. angin petang bertiup tenang seolah-olah memahami kedatangan kami ke pangkalanan tersebut.

“encik nak pergi mana” sopan pertanyaan dari provos bertugas walaupun nampak tegas raut mukanya. “kami nak ke KDSI, staf.” Sapa kawan ku dari sisi.

“untuk urusan apa?” Tanya dari provos lagi..

“kami ada Kursus, staf” jawab saya sambil kawan menghulurkan surat kursus dari unit kami iaitu PSTL Kuching.

Read the rest of this entry »

Kekuatan Mental Bakal Di uji

Hari ni, terasa bagai sangat singkat kepada saya untuk menghabiskan masa bersama-sama anak-anak yang seolah-olah memahami mereka bakal di tinggalkan hampir tiga minggu.

Yang sulung asyik nak berdamping, yang tengah pulak ingin di belai dan yang kecil pula asyik ingin di beri perhatian. Dapat saya rasakan betapa sunyinya mereka terutama syahmi dan hakim yang selalu menemani saya hingga larut malam sebelum ini.

Waktu ibu dan adeeb tidur, masa tu lah kami bertiga minum la, makan la dan main macam-macam lagi.

TLDM Lumut

Bermula 28/02/10 hingga 13/3/10, saya akan menghadiri kursus bakal pegawai Pasukan Simpanan TLDM di KD Sultan Idris I, Lumut. Kursus yang bakal di hadiri ini adalah salah satu syarat untuk di tauliahkan sebagai Pegawai Simpanan TLDM.

Bakal menguji mental dan fizikal saya sebagai penjawat awam, yang sebelum ini hanya paling berat pun berjalan untuk ke kelas mengajar pelajar-pelajar dewasa.

Dengan menceburi bidang ini, semua tu adalah “kulit” je bagi kami dalam PSSTLDM.

Kebetulan pulak hari jumaat cuti maulidur rasul, mungkin kami bertiga dari PSTL kuching akan terbang pada hari khamis. Semua tu akan di tentukan oleh pegawai kami dari RNO Kuching.

Persiapan pula hampir 90% siap seperti pakaian renang, kasut kawad, baju Delta dan banyak lagi aksesori untuk ke Lumut.

Apa yang duk bermain di kepala sekarang ialah, macam mana kursus pasukan ketenteraan ni? Sudah tentu tak sama dengan kursus penjawat awam yang mana kebiasaan di hotel atau resort.

Kuliah

penangguhan kuliah terpaksa di lakukan sehingga cuti semester (mid sem) untuk sesi januari 2010 ini dan kelas akan digantikan selepas balik dari kursus tersebut. Dalam tempoh kurus itu, ada pulak terlaksana ujian 1 pada 5/3/10.

 Kepada pelajar yang saya ajar, semoga kalian dapat menjawab exam dengan baik dan pastikan lulus semua dalam ujian kali ni.

Sedia berkorban

Petang ini, adalah minggu kedua saya akan turun latihan bagi pasukan simpanan tentera laut, PSSTLDM untuk cawangan kuching,sarawak. Memang tidak dinafikan, aktiviti di pusat latihan memang keras tapi kerana minat, saya cuba kuatkan semangat untuk teruskan latihan pada petang ini.

Antara aktiviti yang di jalankan pada awal-awal latihan ini ialah seperti berlari, ”push up”, lompat bintang, guling kat padang kawat dan bermacam-macam lagi. Petikan dari kata-kata orang lama dalam PSSTLDM sini, ” kalau tak join navy, mana boleh nak tengok bintang, bulan malam-malam sambil tidur atas padang kawat”.

Read the rest of this entry »

Tabahnya dirimu sayang

Beberapa hari lepas, anak ketiga kami iaitu Adeeb Mustaqim, meragam tak kira waktu. Jarang sangat anak saya ini meragam kecuali nak susu atau tak selesa bawahnya iaitu lampinnya “penuh”. Kalau tidak, asyik nak main dengan kita je. Kalau tak pun, banyak la mulut dia kalau kita buat-buat bercakap dengan dia..

“Kenapa adeeb ni bu”? Sapa saya ketika melihat adeeb menangis dalam kereta ketika pulang dari beli barang dapur.

“Entah, kembung perut kot” Jawab isteri sepontan sambil mendukung adeeb yang tengah kuat menangis..

“eh, panas kepala dia” kata isteriku lagi..

Setibanya dirumah, isteri memberikan susu, menukar lampir dan menyapu sedikit minyak ubat di kawasan perut adeeb.

Read the rest of this entry »